Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Monday, March 01, 2010

Baca@LRT

Salam,

20 Februari yang lalu, Fini telah join program BACA@LRT ni..rupanya ini adalah program kedua. Yang pertama telah dijalankan pada 16 Januari yang lalu. Sejak akhir-akhir ni, jadi semakin tak update dengan dunia semasa, especially dunia siber yang pernah menjadi tatapan harian Fini suatu ketika dulu. =)

Nawal, yang menghubungi Fini dan ajak join...dalam pada ajak tu dia bimbang Fini x larat..kenapa ye? =) Tapi I'm okay la. Dah dapat permission from him, Fini pun bergerak seawal 8.30 pagi dengan menaiki bus ke Pekeliling/LRT Titiwangsa dengan Amy (my brother - Puduraya utk kembali ke UTHM, taking bus from Puduraya).

Memandangkan program ini kali ke-2, ianya bermula dari Terminal Putra (Gombak) ke Taman Jaya. Fini dan Nawal dah berjanji untuk naik di Masjid Jamek. Masa jangkaan tren team BACA@LRT tiba di Masjid Jamek adalah pada jam 10.20 pagi. Fini terlewat dalam 10 minit, tp even tren yang kedua tiba pun still ramai team BACA@LRT dalam tren. Kami dah dimaklumkan untuk tidak berasak-asak di dalam tren. Keadaan tidak selesa pula untuk wujudkan suasana membaca kan?

Seronok dapat join program ni di samping jumpa rakan lama yang rapat dengan Fini. Tema kali ni, Sastera...so, Fini bawa buku Hatiku di Harajuku...karya Ramlee Awang Murshid. Cerita dalam novel ni pun banyak kisah dalam LRT tp pengangkutan LRT di Jepun la. =)

Perjalanan kami terus ke Taman Jaya..sebenarnya tabiat membaca di mana-mana ni sangat baik diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Fini dah lama amalkan baca dalam komuter (masa belajar kat UKM dulu). Ada sebab juga sebenarnya, tp sebenarnya adalah kelebihannya membaca ni. Dulu, selalu nak balik ke kampung..dr UKM komuter - Bandar Tasik Selatan, transit ke LRT utk ke Titiwangsa. Perjalanan yang jauh tu..Fini segan nak dok melangut pandang orang kat depan kita dalam pengangkutan awam, sbb tu selalu bawa novel..baca la supaya tak la memandang ke org lain =) Tapi malu kalau org tau judul buku yang Fini baca..sbb tu semua novel Fini berbalut dengan wrapping paper. Lagipun kalau org pinjam, tak la kulit buku Fini kembang...hehe. Mestilah cermat, buku nak beli pun bukannya senang kan?

Sampai je kami di stesen Taman Jaya...dah ramai team BACA@LRT yang dalam tren sebelumnya dah tiba. Diorang dok bergambar. As for Fini n Nawal, kami tak da kamera..huhu. Selepas sesi bergambar, pengedaran borang, bagi bookmark dan sedikit kata-kata aluan...kami pun bergerak ke Amcorp Mall di seberang jalan dan terus ke Tingkat 3 - BookXcess.

bookmark BACA@LRT

Hantar borang pendaftaran (yang actually nk jd member RM100 tau, tp kami dpt free) ke kaunter dan dpt doorgift - book thong. Fini tak da gmbr book thong yang Fini dpt, tp Nawal nye ada la...lebih kurang je, cuma Fini punya warna kuning & ada Spongebob.

mine's is yellow with icon Spongebob.

Fini borong juga la buku, tapi beli buku kanak-kanak =) Dah jadi cikgu ni, my English is getting worse, since tak lagi menggunakannya. Huhu. English for primary school je excellent..haha. Belikan buku juga utk my nephew, Noor Irfan Daniel.
1. Welcome to Your Worlds Baby by Brooke Shield
2. Bug's Mug (a phonics wheel book)
3. Bat's Hat (also a phonics wheel book)
4. Kisses for Dad
5. Play Shapes
6. Time 1000 words picture dictionary
Semua buku untuk kanak-kanak, tatau nape tetiba suka tgok buku kanak-kanak ni. Bagi kat Irfan buku Play Shapes tu, sampai tak lepas dan penat pula melayan dia tlg buka buku, cabutkan shapes 2D supaya dia boleh letakkan according to its places..tp Irfan still berat mulut nak cakap, leh ngajuk bunyi circle je. =)

me and Nawal, terselit juga di dlm gmbr kat facebook team BACA@LRT..hehe. Apalagi, tag la gmbr sendiri sbb x de kamera.

Apapun, saja nak kongsi sesuatu...memandangkan blog Fini dah lama bersawang. Tadi pun masa KMK, sekarang ni LADAP dah kena buat book review. 7 buah buku setahun, memula tersenyum juga sbb ingatkan apa2 jenis buku. Sekali, Cikgu Nazri bentangkan ada 3 bahagian je..huhu. Erm, takpe...from now onwards, kena cri2 buku yang sesuai. Td berani2 je volunteer utk jd presenter 29Mac ni..huhu. Am I ready?

2 comments:

fossetta said...

salam pinie,

best entry ang ni..kalau kita bawa kamera hari tu.. kan lagi best. Ok, next reunion, Pesta Buku na..hehe

~SyaFini Rosli~ said...

Salam Nasuha..

Hehe, insyaAllah, PWTC..KLIBF...=)